KUALA LUMPUR - Tindakan pantas polis berjaya menghalang seorang lelaki daripada terus mencetuskan provokasi terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazaar di tempat letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, malam ini.
Kekecohan hampir tercetus apabila lelaki itu cuba melakukan provokasi dengan mengungkapkan kata-kata 'panas' yang tidak difahami.
Lelaki berusia 30-an itu yang kelihatan berlegar di kawasan terbabit tiba-tiba menjerit ke arah Guan Eng yang sedang beredar menuju kereta selepas menghadiri majlis berkenaan.