GEORGETOWN - Dua buah penjara di Pulau Pinang yang kini berdepan wabak koronavirus (Covid-19) memerlukan sumbangan pelitup muka bagi menampung keperluan mereka dengan penggunaan harian sekitar 4,500 keping.
Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, masalah itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).