Wanita cabul lima mangsa bawah umur

Iklan
Perbuatan pelaku (tengah) terbongkar selepas salah seorang keluarga mangsa membuat laporan polis.

BANDA ACEH - INDONESIA. Perbuatan jijik seorang wanita di Aceh Utara mencabul kehormatan lima kanak-kanak bawah umur sejak dua tahun lalu akhirnya terbongkar selepas beliau ditangkap polis.

Pelaku diperkenalkan kepada media sebagai NS, ditahan selepas keluarga salah seorang mangsa membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

Difahamkan, mangsa kepada wanita berusia 30 tahun itu terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dan tiga perempuan.

Kesemua mangsa berusia antara lapan hingga 11 tahun dan turut diberi wang supaya merahsiakan perkara tersebut.

Iklan

Timbalan Ketua Polis Aceh Utara, Komisioner Edwin Aldro berkata, NS mencabul mangsa pada waktu berbeza namun lokasinya sama iaitu bilik tidur di rumahnya.

"Modus operandi digunakan pada setiap mangsa juga berbeza. Ada yang diberi wang dan ada juga dipujuk rayu serta diugut.

Iklan

"Semasa disoal siasat, pelaku mengaku perbuatannya," kata Edwin.

Tambah Edwin, semua pertuduhan dibuat dibawah Seksyen 81 (1) dan Seksyen 82 (2) Kanun Keseksaan.

Kata Edwin lagi, pelaku juga akan dibawa menjalani ujian psikiatri bagi menentukan adakah beliau menghadapi masalah mental. - Tribunnews