PETALING JAYA - Anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia dilihat masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengagihkan makanan kepada penghuni di Asrama Tropicana ketika tinjauan hari ini.
Asrama yang melibatkan 500 penghuni itu diisytiharkan sebagai kawasan PKPD bermula Isnin lepas sehingga 25 Oktober ini.- Foto Bernama