Pengusaha restoran mengeluh jumlah pelanggan merosot

Iklan
Suasana lengang di Restoran Along Patin Station.

TEMERLOH - Pengusaha restoran ikan patin masak tempoyak di bandar ini mengeluh apabila jumlah kehadiran pelanggan didakwa semakin merudum selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 14 Oktober lalu.

Pemilik restoran Along Patin Station, Mohd Afif Ashraf Jamaludin, 30, mengakui kemerosotan jumlah pelanggan sangat dirasai khususnya pada minggu ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum ini kehadiran pelanggan dari Lembah Klang menjadi antara pelanggan utama di restoran miliknya selain bergantung kepada penduduk tempatan.

"Memang sejak PKPB jumlah pelanggan di sini berkurangan sehingga 70 peratus malah jika dilihat ketika waktu puncak, suasananya juga lengang berbanding sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Mohd Afif Ashraf Jamaludin

Dalam pada itu, Mohd Afif akur dengan keadaan itu memandangkan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) dan berharap situasi tersebut segera pulih.

Restorannya mula beroperasi sejak lebih setahun lalu terletak di Kampung Bukit Songsang di sini.

Iklan

Nada sama turut disuarakan pemilik Restoran Gobang Maju Patin Tempoyak yang mengakui berlaku kemerosotan jumlah pelanggan di premisnya sejak PKPB dilaksanakan.

Muhamad Rizal Muhamad Rosely, 42, berkata, jumlah pelanggannya merosot hingga 70 peratus.