KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan hari ini ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi berkata, perbicaraan itu akan disambung semula pada 9 hingga 12 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.