Mayat lelaki ditemui

Iklan

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki yang dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan tertiarap di Sungai Perai di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mayat berkenaan ditemui oleh seorang nelayan kira-kira jam 3.30 petang sebelum dia menghubungi seorang anggota bomba bagi memaklumkan penemuan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota bomba terbabit kemudiannya melaporkan penemuan mayat itu kepada anggota polis sebelum sepasukan anggotanya ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap dan memakai seluar pendek berwarna hitam.

Iklan

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat terbabit namun pemeriksaan dilakukan mendapati mayat berkenaan mungkin adalah warga asing berikutan tiada tanda suntikan BCG pada tepi bahu selain terdapat tatu bercorak bunga pada lengan sebelah kiri," katanya ketika dihubungi, semalam.

Nik Ros Azhan berkata, pemeriksaan pada mayat juga mendapati terdapat kesan luka di bahagian dada disyaki dimakan binatang buas dan polis turut menemui lastik dan batu di dalam seluarnya disyaki untuk memburu binatang.

Iklan

"Mayat telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar perubatan mendapati tiada unsur jenayah pada si mati.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.