Langkawi catat sifar kes aktif Covid-19
Iklan
LANGKAWI - Tiada kes aktif koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Pulau Langkawi selepas pesakit terakhir yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Maliha, di sini dibenarkan pulang pada Selasa lalu.
Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail berkata, pesakit dari Kluster Bah Ketil adalah satu daripada lima kes dari kluster sama dilaporkan di pulau peranginan bebas cukai itu setakat ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan pantas petugas kesihatan di pulau itu berjaya mengelakkan rantaian jangkitan Covid-19 merebak dalam kalangan masyarakat.
"Saya hendak maklumkan bahawa Daerah Langkawi berada dalam zon hijau sejak Rabu lalu lepas setelah pesakit terakhir dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Maliha sehari sebelum itu (13 Okt).
Iklan
"Saya berharap penduduk pulau ini serta pelancong yang berada di sini untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan serta mengelakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit dan berkomunikasi secara dekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas menerima dua unit SensePass Pro, alat pengimbas haba dan pengecaman wajah bernilai RM30,000 sumbangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi.
Iklan
Mansor berkata, alat berkenaan akan diletakkan di laluan ketibaan domestik Terminal Feri Penumpang Kuah bagi memudahkan proses saringan kesihatan penumpang masuk ke Langkawi melalui pintu masuk berkenaan.
Katanya, alat berkenaan adalah tambahan kepada dua alat sedia ada masing-masing di laluan ketibaan antarabangsa Terminal Feri Penumpang Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
"Pengoperasian alat ini dilakukan oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi,” katanya. - Bernama.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam