Gangguan bekalan air

Iklan
Penduduk setempat mendapatkan air bersih bagi kegunaan harian berikutan gangguan bekalan air yang berlaku selepas satu lagi insiden pencemaran yang dikesan ketika tinjauan di Jalan Gombak hari ini.
Sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah.

Pencemaran sumber air mentah itu dikesan pada pukul 2 pagi tadi dan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.