Shamsul Kamal dilantik Ketua Penaja Bersatu Rembau

Iklan
Shamsul bersama watikah pelantikan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Rembau.

SEREMBAN – Penerimaan watikah pelantikan Parti Bersatu Bahagian Rembau selesai, apabila pucuk pimpinan bersetuju melantik Shamsul Kamal Ali, sebagai Ketua Penaja Bersatu Bahagian Rembau.

Majlis pengurniaan watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Pengerusi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad disaksikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhidin Yasin, kelmarin.

Iklan
Iklan

Menurut Shamsul, pelantikan ini sekali gus menghentikan sebarang spekulasi dan kemelut yang melanda bahagian Rembau.

"Sebagai Ketua Bahagian, tugas utama saya adalah akan memastikan siasah kuasa Melayu akan terus gemilang di Rembau, selain memperkasakan lagi penyatuan Melayu.

Iklan
Shamsul menerima watikah pelantikan daripada Dr Mahathir, kelmarin.

"Saya tidak mahu mengimbau salah silap parti kerajaan sebelum ini, tetapi saya bersama AJK Bersatu Bahagian akan berusaha seikhlas hati demi memastikan gerak kerja penyatuan bangsa ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jelasnya, segala usaha dan gerak kerja untuk membangkitkan suara Melayu akan terus dipelihara dengan sempurna.

Iklan

Katanya, perkara yang paling utama adalah menjaga kebajikan rakyat, di samping memperkukuhkan insitusi parti agar kita dapat bergerak bersama dengan lebih berkesan.

"Bersatu adalah parti baru untuk orang Melayu, mereka tidak boleh masuk Umno kerana parti itu sudah musnah, marilah kita sama-sama memperkukuhkan masyarakat Melayu dengan memberi sokongan kepada Bersatu demi masa depan yang lebih terjamin,” katanya.