'Konflik berdarah’ jika Trump tewas kepada Demokrat

Iklan
Trump berucap di hadapan para penyokongnya di Lapangan Terbang Carson City di Nevada semalam. - Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikritik partinya sendiri malah anggota Republikan turut memberi amaran tentang ‘pertumpahan darah’ pada Pilihan Raya Presiden AS 2020 yang akan berlangsung pada 3 November ini.

Bagaimanapun, bilionair hartanah terbabit menyelar kritikan ‘bodoh’ tersebut dan menggesa anggota partinya bersatu ketika berkempen di Nevada semalam selepas tinjauan terbaru menunjukkan Trump berisiko tewas kepada pesaingnya daripada parti Demokrat, Joe Biden.

Iklan
Iklan

Minggu lalu, Senator Nebraska, Ben Sasse ketika bercakap pada sesi ‘town hall’ secara maya dengan lantang mendakwa Trump sebagai ‘penjilat diktator’, menganiaya wanita dan menggunakan Rumah Putih sebagai ‘satu bentuk perniagaan’.

Selain itu, Sasse juga mengutuk pentadbiran Trump yang didakwa tidak bertanggungjawab menangani pandemik koronavirus (Covid-19) selepas Presiden ke-45 AS terbabit mengambil sikap sambil lewa dan berterusan memandang rendah ancaman pandemik tersebut.

Iklan

Senator Texas, Ted Cruz pula bimbang jika kekalahan Trump untuk mengekalkan jawatannya di Rumah Putih akan mencetuskan konflik berdarah di negara terbabit memandangkan banyak pihak melihat Demokrat mempunyai peluang besar untuk mengambil alih kuasa.

Difahamkan, Sasse ialah pengkritik utama Trump, malah pernah menolak untuk menyokong beliau sebelum Pilihan Raya Presiden AS 2016.

Iklan

Pemilihan pada kali ini menyaksikan Republikan berusaha mengekalkan majoriti 53-47 di Senat dan Trump berhempas-pulas untuk meraih sokongan pengundi dalam tempoh kira-kira 15 hari sebelum pilihan raya berlangsung.

Keputusan kaji selidik menunjukkan kebanyakan pengundi tidak bersetuju dengan cara tidak menentu beliau menangani pandemik Covid-19 dan Biden menjanjikan kepimpinan ‘lebih waras’ di bawah pentadbirannya.

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 120,000 catatan di Facebook dan Instagram dikeluarkan selepas didakwa cuba mengganggu pilihan raya tersebut.

Selain itu, sebanyak 2.2 juta iklan juga ditolak dan amaran turut diberikan ke atas 150 juta contoh maklumat palsu yang disiarkan secara dalam talian sebagai usaha untuk mengelakkan sebarang cubaan memanipulasi pengundi seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Presiden AS 2016. - Agensi