Sinar Harian hargai pembaca

Iklan
Salimah Nasuha yang merupakan pembaca setia akhbar Sinar Harian turut mencuba nasib dengan menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

KUANTAN - Menguji minda dan mengisi masa lapang adalah antara sebab utama seorang pembaca setia gemar menyertai peraduan yang dianjurkan akhbar Sinar Harian.

Pekerja swasta, Salimah Nasuha Hassan, 27, berkata, antara peraduan menarik yang pernah disertainya adalah peraduan mengumpul logo Sinar Harian untuk ditebus dengan tiket di taman tema air yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya merupakan peminat peraduan akhbar Sinar Harian. Banyak peraduan yang saya pernah sertai dan salah satunya peraduan Sinar Harian bersama Legoland.

"Memang saya tidak lepaskan peluang untuk mencuba kerana peraduannya sangat mudah dan hadiah yang ditawarkan pula sangat berbaloi untuk dimenangi,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Menurutnya, kali ini akhbar Sinar Harian muncul lagi dengan peraduan yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan iaitu Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

"Sudah tentu saya mahu mencuba nasib. Bagi saya, Sinar Harian telah memberikan sesuatu yang terbaik sebagai cara menghargai dan meraikan pembaca setia,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Salimah Nasuha berkata, akhbar Sinar Harian menyajikan pelbagai berita segenap masyarakat yang sesuai diikuti pelbagai peringkat usia.

"Saya sangat menyukai konsep akhbar ini yang menyajikan berita-berita komuniti.

"Sebagai sokongan, saya akan terus menyertai apa sahaja peraduan yang dianjurkan Sinar Harian. Mudah-mudahan rezeki berpihak kepada saya,” katanya.

Akhbar Sinar Harian menganjurkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku untuk menghargai pembaca setia dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.

Selain itu, pembaca juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah iringan dan sagu hati, antaranya motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.