Moyang 25 cicit masih bertenaga

Iklan
Wok Alias bersama rakan rakannya yang aktif dalam program senamrobik.

BUKIT PAYONG - Wanita ini masih ligat menjalankan rutin hariannya sama seperti wanita muda tanpa menunjukkan tanda penat walaupun usia sebenar sudah mencecah angka 79 tahun.

Wok Alias Mariam Ismail, 79, yang tidak lokek senyuman ini berkongsi langkah mudah yang diamalkannya sejak berusia belasan tahun hingga kini bagi memastikan dirinya kekal sihat dan cergas.

Iklan
Iklan

Menurut Wok Alias, beliau amat menekankan aspek senaman dalam rutin hariannya kerana yakin ia adalah langkah paling tepat untuk terus mendapatkan tahap kesihatan terbaik.

"Saya bukanlah individu mempunyai jadual aktiviti tetap setiap hari namun apa yang saya amalkan adalah mudah iaitu dengan bersenam secara berjadual dengan kemampuan sendiri.

Iklan

"Tetapi tdak perlu memaksa diri, asalkan lakukan senaman yang mudah tidak kira di mana saja kerana ia akan membantu kita kekal cergas walaupun usia sudah meningkat,” katanya.

Moyang kepada 25 cicit juga nenek kepada 15 cucu itu berkata demikian ketika ditemui di program senamrobik diadakan di Dewan Kelas Agama dan Fardu Ain di Padang Midin di sini, hari ini.

Iklan

Wok Alias berkata, resepi utama kekal sihat ialah melaksanakan perkara wajib iaitu solat lima waktu dan membaca al Quran setiap hari selain sentiasa bersenam sebagai rutin harian.

"Semua ini memang nampak remeh tetapi ia memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan terutama membabitkan tahap kecergasan dan jangan lupa untuk jaga makan setiap hari,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam program senamrobik berkenaan, warga emas itu berkata, beliau menyertai program senamrobik di dewan itu sejak 15 tahun lalu sehingga hari ini.

Warga emas kelahiran Kuala Bekah, Kuala Terengganu itu turut berpesan agar warga emas terus berada dalam masyarakat dan jangan memencilkan diri kerana ia boleh mengganggu kesihatan mereka.