Restoran hangus dalam kebakaran di Bukit Petaling

Iklan
Kebakaran membabitkan sebuah restoran yang sudah tidak beroperasi lagi di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Sebuah restoran yang sudah lama tidak beroperasi di Jalan Bukit Petaling di sini musnah dalam kebakaran pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10. 25 pagi dan segera menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, PBK II Omar Chekku berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 10.31 pagi bagi operasi pemadaman melibatkan restoran berkeluasan kira-kira 1,000 meter persegi.

"Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan restoran yang telah lama dikosongkan dan tidak beroperasi itu.

Iklan

"Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran berkenaan. Punca kejadian masih disiasat pasukan forensik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman melibatkan seramai 45 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah di sini dengan bantuan bantuan dari BBP Pantai serta BBP Titiwangsa.

Iklan