Tendang, cekik isteri selepas ditegur bawa anak keluar minum

Iklan
Seorang lelaki ditahan selepas memukul dan mengugut isteri ketika bertengkar di Taman Mesra di Bagan Lalang, Butterworth.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki bukan sahaja memukul, malah turut menendang perut isterinya selepas berang ditegur membawa keluar anak dari rumah mereka di Taman Mesra, Bagan Lalang di sini Sabtu lalu.

Wanita yang berusia 38 tahun itu dikatakan menegur suaminya yang membawa anak mereka berusia enam tahun keluar kira-kira jam 8 malam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 40 tahun itu tidak dapat menerima teguran isterinya lalu menumbuk badan serta kepala mangsa sebelum menolaknya sehingga jatuh.

Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian memijak perut dan menendang mangsa beberapa kali termasuk mencekik mangsa sebelum mengugut mahu membunuhnya.

"Anak mereka yang berusia 13 tahun dan melihat kejadian cuba meleraikan pergaduhan namun ditampar oleh suspek.

Iklan

"Takut keadaan menjadi lebih buruk, anak pasangan terbabit keluar dari rumah dan meminta pertolongan jiran sebelum mereka berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca disebabkan perselisihan faham yang berlaku selepas mangsa menegur suaminya kerana membawa anak mereka keluar minum minuman keras.

Iklan

"Polis yang menerima laporan kejadian bergegas ke rumah terbabit dan siasatan mendapati tiada sebarang senjata digunakan sebaliknya suspek hanya menggunakan tangan dan kaki ketika memukul mangsa.

"Ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek juga negatif daripada pengaruh dadah. Pasangan itu sudah berkahwin selama 13 tahun dan sejak kebelakangan ini suaminya kerap memukul mangsa." katanya.

Noorzainy berkata, lelaki itu ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 kerana memukul dan mengugut mangsa.