Covid-19: NGO kumpul lebih RM50,000 bantu rakyat Sabah

Iklan
Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM - Kempen Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Sabah, Semporna Heroes berjaya mengumpul sejumlah RM52,365 selepas seminggu dilancarkan.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, jumlah kutipan itu melepasi sasaran RM50,000 dan kempen diurus Pertubuhan Rejuvenasi dan Semporna Heroes itu ditamatkan pada jam 5 petang, hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tabung sumbangan yang dilancarkan sejak hampir seminggu lalu untuk membantu warga penduduk di Negeri Di Bawah Bayu yang kini bergelut dengan peningkatan wabak koronavirus (Covid-19).

"Seperti semua maklum, semalam kes Covid-19 di Sabah mencatatkan 643 kes lagi.

Iklan

"Ini bermakna sudah lebih dari sebulan negeri Sabah bergelut dengan pandemik yang sehingga hari ini telah membunuh 64 orang di Sabah.

Poster jumlah kutipan terakhir sebelum ditamatkan jam 5 petang ini.

"Krisis di sana hari ini bukan lagi sekadar krisis kesihatan, bahkan telah melarat menjadi krisis kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Iklan

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut berterima kasih kepada 24, 776 rakyat Malaysia yang menjadi penyumbang dan menggesa mereka sama-sama berdoa agar pandemik Covid-19 di Sabah kembali reda.

"Sama-sama kita doakan agar pandemik Covid-19 di Sabah semakin reda dan kehidupan warga di sana, anak kecil, orang tua dan warga yang miskin semakin pulih segera," katanya.