PKPB: TNB ubah waktu operasi kios layan diri

Iklan
Kakitangan TNB (kiri) membantu salah seorang pelanggan di kios layan diri TNB.

SHAH ALAM - Kios layan diri Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kedai Tenaga yang berada dalam kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beroperasi mengikut jadual waktu baharu.

TNB menjelaskan, bagi kios-kios tersebut, waktu operasi baharu sepanjang PKPB sehingga 27 Oktober ini ialah dari jam 8.15 pagi pagi sehingga 8 malam berbanding 10 malam sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Waktu operasi Kedai Tenaga di kawasan tersebut masih kekal iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang bagi memudahkan urusan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pengguna digalakkan untuk melakukan transaksi berkaitan TNB secara dalam talian menerusi portal dan aplikasi myTNB bagi mengurangkan keperluan untuk melakukan transaksi secara bersemuka.

Iklan
Iklan