Rampasan Bubu Naga

Iklan
Pengarah Perikanan negeri Kelantan, Nazri Ishak (dua, kanan) bersama Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Pengkalan Kubor ASP Mohd Rudzuan Ahmad (kanan) menunjukkan bubu naga yang berjaya dirampas pada sidang media di Jeti Pangkalan Perlindungan Sumber Tawang, Bachok. hari ini. Sebanyak 40 pemeriksaan vesel penangkapan ikan telah dijalankan, 320 unit bubu naga telah dirampas dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 49,400 pada operasi bersepadu Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor bersama Perikanan Kelantan pada 18 hingga 20 Oktober lalu. - Foto Bernama