"Tiada maaf bagimu. Kehilangan yang tiada pengganti,” luah Borhan Madon, 65, bapa kepada Muhammad Zulfakkar, 29, yang maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk bulan lepas.
Acap kali terhimpit dengan emosi, bapa kepada enam anak itu reda dengan pemergian anaknya dan kini hanya berserah kepada ALLAH.
Begitupun, keterbatasannya sebagai manusia, Borhan tidak dapat mengelak daripada beremosi sedemikian walaupun hatinya sudah menerima ketentuan takdir.