Wanita sembuh Covid-19 ditemui maut

Iklan
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.15 malam selepas disedari oleh kakitangan hospital dan bertindak menghubungi pihak polis.

KOTA KINABALU - Seorang wanita warga emas yang telah sembuh daripada koronavirus (Covid-19) ditemui maut jatuh dari tingkat lapan Hospital Queen Elizabeth (HQE) I di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.15 malam selepas disedari oleh kakitangan hospital dan bertindak menghubungi pihak polis.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, wanita berusia 63 tahun itu sepatutnya dibenarkan keluar daripada hospital hari ini.

"Wanita itu berasal dari Keningau dan dimasukkan ke hospital pada 13 Oktober lalu selepas didapati positif Covid-19.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut mendapati, wanita itu disahkan sembuh daripada Covid-19 dan sepatutnya keluar hari ini tetapi ditemui mati jatuh dari bangunan malam tadi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat wanita warga emas yang ditemui maut jatuh dari tingkat lapan Hospital Queen Elizabeth (HQE) I di sini malam tadi.

Habibi berkata, ahli keluarga wanita itu belum mengetahui kejadian berkenaan kerana tidak dapat dihubungi ketika ini

Iklan

"Sesiapa yang mengenali wanita dari Keningau ini diminta berhubung terus dengan pihak polis," katanya.

Menurutnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian dan mencari saksi di tempat kejadian," katanya.