Warga emas ditemukan selamat selepas 20 jam hilang

Iklan
Pasukan penyelamat mengusung Hassan keluar dari lokasi warga emas itu hilang di Kampung Bukit Batu, Kuala Krai hari ini.

KUALA KRAI - Selepas kira-kira 20 jam dilaporkan hilang, seorang warga emas akhirnya ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung Bukit Batu di sini hari ini.

Hassan Rahman, 68, diselamatkan anggota bomba dan penyelamat yang menggerakkan operasi pencarian sejak semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.22 petang semalam mengatakan mangsa hilang di hutan.

"Sejurus menerima panggilan, seramai 10 anggota dari BBP Kuala Krai dan Sungai Durian dikerahkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Operasi pencarian berterusan sehingga jam 6 petang, namun mangsa masih belum ditemui menyebabkan kami menangguhkan operasi untuk disambung hari ini,” katanya di sini hari ini.

Pasukan Unit Khas Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjumpai Hassan dalam keadaan tidak bermaya.

Menurutnya, operasi pencarian diteruskan pada jam 9.45 pagi tadi dan pihaknya menambah bilangan anggota apabila seramai 23 anggota termasuk bantuan daripada polis dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta orang kampung.

Iklan

Katanya, operasi turut melibatkan pemandu arah dan empat anjing pengesan dari Unit Khas Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Mangsa akhirnya berjaya ditemukan dari jarak 500 meter oleh pasukan K9. Kita terpaksa mengangkat mangsa menggunakan alat pengusung kerana keadaan badannya yang tidak bermaya dan sangat lemah.

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Hassan ditenangkan dan diberi rawatan awal oleh anggota penyelamat sebelum diserahkan kepada pihak hospital.