MAB perjelas kekeliruan proses likuidasi dibuat KPMG

Iklan
Malaysia Airlines Bhd (MAB) menjelaskan syarikat itu tidak melakukan sebarang proses likuidasi sebaliknya ia melibatkan Malaysia Airline System Bhd (MAS).

SHAH ALAM - Malaysia Airlines Bhd (MAB) menjelaskan syarikat itu tidak melakukan sebarang proses likuidasi sebaliknya ia melibatkan Malaysia Airline System Bhd (MAS).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, iklan yang ditularkan itu merujuk kepada MAS yang telah menghentikan operasi selepas penstrukturan semula syarikat itu pada tahun 2015.

Iklan
Iklan

"MAB ingin menjelaskan bahawa notis kepada pemiutang untuk membuktikan sebarang hutang atau tuntutan yang ditularkan di media sosial adalah sebahagian daripada proses likuidasi yang dilakukan oleh KPMG sebagai pelikuidator sejak Februari 2020 bagi pihak MAS.

"Perkara ini tidak ada kaitan dengan MAB dan bukan sebahagian daripada perlaksanaan penstrukturan semula yang sedang dilakukan pada ketika ini," katanya.

Iklan

Hari ini tular satu notis yang dikeluarkan oleh KPMG yang meminta supaya pihak yang berhutang dengan MAS mengemukakan bukti hutang atau tuntutan sebagai satu daripada proses likuidasi.

Dalam iklan yang disiarkan menerusi akhbar itu, KPMG meminta semua pemiutang MAS yang belum mengemukakan tuntutan mereka, untuk mengemukakan bukti hutang atau tuntutan selewat-lewatnya jam 5 petang pada 12 November.

Iklan