Diskaun tol 10 peratus Plus, LPT2 sempena Tahun Baharu Cina

Iklan

KUALA LUMPUR - Pengguna Kelas 1 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati diskaun tol 10 peratus Selasa ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata pemberian diskaun itu berkuat kuasa dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa.

Iklan
Iklan

"Diskaun ini diberi kepada pengguna Kelas 1 ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol di PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan; Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Jambatan Pulau Pinang; dan LPT2.

"Bagaimanapun, diskaun itu tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang dan pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang yang telah menikmati diskaun tol 20 peratus,” kata kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan