Bayi hidup semula selepas enam jam dalam peti sejuk mayat

Iklan
Bayi lelaki pramatang yang disangkakan mati dan diletakkan selama enam jam dalam peti sejuk mayat. - Agensi

PUEBLA - Seorang bayi pramatang yang disangkakan sudah mati dan dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat selama enam jam di sebuah hospital La Margarita di bandar Puebla, Mexico didapati hidup semula semalam.

Pekerja rumah mayat berkata, mereka menyedari bayi lelaki itu mula bergerak dan menangis semasa hendak menyerahkan kepada ibu bapanya untuk upacara pengebumian.

Iklan
Iklan

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik-detik ayah bayi itu melihat tangisan anaknya dan berkata 'teruskan berjuang' beberapa kali.

Kejadian berlaku di Hospital La Margarita, Mexico. - Agensi

Bayi yang belum diberi nama dilahirkan jam 4.29 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu dan difahamkan dia diselamatkan kira-kira jam 10 pagi iaitu kira-kira enam jam dia diletakkan dalam peti sejuk mayat.

Iklan

Pasukan perubatan memberitahu media tempatan bahawa bayi itu masih hidup tetapi dia diletakkan di bawah pemerhatian rapi di unit neonatal

Sementara itu, pihak hospital akan menyiasat punca sebenar bayi yang disangkakan mati diletakkan dalam peti sejuk mayat itu. - Agensi

Iklan