Teruja hadiah lumayan ditawarkan

Iklan
Norlian berharap dapat memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

TERUJA dengan hadiah lumayan yang ditawarkan telah mendorong Norlian Attan menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

Suri rumah berusia 63 tahun itu berkata, ini merupakan kali pertama dia menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Sinar Harian.

Iklan
Iklan

"Saya lihat hadiah yang ditawarkan menarik dan lumayan, tanpa berfikir panjang saya terus menyertainya.

"Peraduan ini bagi saya amat menarik sebab soalan yang disertakan agak mudah untuk dijawab.

Iklan

"Malah, soalan yang diberikan juga memberikan pembaca pengetahuan am dan dapat mengenali tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Norlian yang merupakan pembaca setia Sinar Harian berkata, dia sekeluarga memang melanggan akhbar ini setiap hari sejak beberapa tahun lalu.

Iklan

"Berita yang dipaparkan Sinar Harian memang amat terperinci dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.

"Sebab itu bila dapat tahu ada peraduan ini, saya tidak lepaskan peluang untuk cuba nasib. Mana tahu nasib saya boleh dapat menang hadiah utama,” katanya.

Menurutnya, dia berharap Sinar Harian akan dapat menganjurkan pelbagai lagi peraduan bagi menggembirakan pembaca setia akhbar ini.

"Peraduan yang dianjurkan juga dapat mendekatkan lagi Sinar Harian dengan pembacanya,” katanya.

Sinar Harian menganjurkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku untuk menghargai para pembaca dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.

Selain berpeluang meraih wang tunai, pembaca juga berpeluang memenangi hadiah iringan dan saguhati seperti motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.

Peraduan berkenaan bertemakan ‘Malaysia Indah’ akan berlangsung sehingga 29 November 2020.