Budak tabika tersepit celah kerusi

Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan kepala kanak-kanak tadika yang tersepit di celah kerusi, hari ini. - Foto: JBPM PERAK

BATU GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya tersepit di celah kerusi di Tabika Kemas Rancangan Perumahan Awam (RPA) Pusing, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd Jamaluddin Mat Yusof berkata, pasukannya berkejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.23 pagi.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan mendapati kepala kanak-kanak lelaki tersebut telah tersepit pada celah kerusi besi di tempat duduknya.

"Usaha mengeluarkannya secara manual gagal menyebabkan anggota menggunakan pemotong besi untuk memotong rangka kerusi berkenaan hingga kepalanya berjaya dikeluarkan,” katanya.

Iklan

Menurutnya, sepanjang operasi berlangsung, kanak-kanak terbabit berjaya ditenangkan oleh anggota.

"Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi tamat pada jam 9.45 pagi,” katanya.

Iklan