Pihak berkuasa memasang kawad besi berduri bagi menutup laluan di Jalan Kampung Bolong di Tuaran hari ini. Penutupan tersebut bagi mengawal pergerakan dalam usaha membendung penularan kes COVID-19 di beberapa kampung di daerah Tuaran yang dilihat semakin membimbangkan. Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 847 kes COVID-19 direkodkan dan Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 578 kes (68.2 peratus). - Foto Bernama
Tuaran
Iklan