Unicef hulur bantuan kepada kanak-kanak terjejas banjir di Vietnam

Iklan
Unicef

HANOI - Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) akan memberikan bantuan kecemasan sekurang-kurangnya AS$100,000 kepada wilayah tengah yang dilanda banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan sejak dua minggu lalu.

"Unicef telah memperuntukkan bantuan awal AS$100,000 sebagai bantuan kecemasan untuk air, sanitasi, kebersihan, kesihatan, pemakanan dan pendidikan, serta sokongan psikososial dan perlindungan kanak-kanak," lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik Perwakilan Unicef di Vietnam, Rana Flowers seperti yang dinyatakan semalam.

Iklan
Iklan

Beliau menambah, dalam menangani risiko kesihatan dengan segera, adalah juga mustahak untuk memastikan kanak-kanak kembali belajar.

Dalam kenyataan yang sama, pakar Unicef sedang melakukan tinjauan di wilayah yang paling teruk terjejas untuk menilai keperluan kanak-kanak dan wanita.

Iklan

Berdasarkan tinjauan itu, Unicef akan mengumpulkan dan memperuntukkan dana dan kepakaran selanjutnya bagi menyokong kerajaan dan masyarakat untuk menangani pelbagai cabaran.

Bencana alam di negara ini telah menyebabkan lebih daripada 1.5 juta kanak-kanak tempatan berhadapan risiko penyakit, pemakanan yang buruk dan perkembangan yang tertunda, kata agensi PBB berkenaan.

Iklan

Sekurang-kurangnya 135,000 keluarga terjejas secara langsung apabila paras air banjir setinggi dua meter di komuniti tertentu dan lebih setengah juta orang tidak mendapat sumber air bersih.

Di samping itu, 42 klinik mengalami kerosakan dan banyak lagi terhalang oleh banjir, menyebabkan ibu dan anak terpisah daripada rawatan kesihatan asas dan pencegahan yang sangat penting pada waktu risiko peningkatan penyakit itu.

Sekolah di banyak kawasan terpaksa ditutup buat sementara waktu dan hampir 1.2 juta pelajar ketika ini tidak bersekolah dan pembelajaran mereka terganggu. - Bernama