KESELAMATAN pelanggan terus menjadi keutamaan Celcom Axiata Berhad (Celcom), justeru, syarikat telekomunikasi itu menawarkan perkhidmatan penghantaran inovatif sepantas 24 jam iaitu dash4ME yang boleh didapati melalui Celcom Online Shop.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, ia memberi kemudahan kepada pelanggan dengan penghantaran kad SIM dan peranti, yang terjamin dan selamat dalam masa 24 jam daripada waktu pembelian, sehingga ke hadapan pintu rumah mereka.
Menurutnya, sebagai memenuhi keperluan kesemua rakyat Malaysia dalam situasi pandemik koronavirus (Covid-19), Celcom terus menyokong pelanggan yang bekerja dari rumah dan menjalankan peranan mereka untuk terus kekal selamat di rumah serta membantu mengecilkan lengkungan pandemik tersebut.
"Dari 1 Oktober sehingga 30 November 2020, 100 pelanggan pertama Celcom Online Shop akan menikmati penghantaran percuma melalui dash4ME apabila membeli pelan Celcom MEGA with Unlimited L pass; Celcom MEGA Lightning L or XL pass dan Pakej Peranti atau EasyPhone digabungkan dengan mana-mana pelan pasca bayar Celcom MEGA itu.
"Selain itu, sehingga 31 Disember 2020, pelanggan yang mendaftar bagi pelan pascabayar Celcom MEGA dan talian keluarga boleh menikmati diskaun 50 peratus ke atas bil mereka untuk tempoh tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, rebat tersebut ditawarkan bagi pendaftaran baharu pelan Celcom MEGA dengan mana-mana pas; Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L atau XL melalui Celcom Online Shop.
Katanya, perkhidmatan penghantaran dalam 24-jam dash4ME oleh Celcom kini ditawarkan di seluruh Lembah Klang (Selangor dan Kuala Lumpur).
Menurutnya, Celcom sentiasa bersedia untuk menyokong rakyat Malaysia dengan penyediaan perkhidmatan yang inovatif bagi memastikan pelanggan boleh terus terhubung dengan akses berterusan kepada tawaran hebat dan yang mampu dimiliki, tanpa perlu meninggalkan kediaman mereka.
"Penghantaran ekspres dash4Me oleh Celcom ini merupakan perkhidmatan eksklusif bagi pelanggan untuk memiliki barangan yang bernilai tinggi seperti telefon bimbit terkini, tanpa perlu beratur dan dihantar terus ke depan pintu rumah mereka.
"Kami juga bangga melihat bagaimana rakyat Malaysia terus bersatu dengan sasaran yang sama dalam mengecilkan lengkungan pandemik ini dan kami ingin memastikan pelanggan masih boleh menikmati perkhidmatan kami ketika mereka kekal selamat di rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pengalaman Pelanggan dan Digital, Celcom Axiata Berhad, Shanti Jusnita Johari berkata, Celcom sentiasa berusaha untuk memahami keperluan pelanggan, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang begitu mencabar ini.