PHNOM PENH - Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semalam mengesahkan banjir buruk yang melanda negara ini sudah meragut 36 nyawa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Beliau berkata, di wilayah Banteay Meanchey yang paling teruk terjejas 19 kematian dilaporkan.