Kompaun atau patah balik

Iklan
Mohd Haris ketika membuat pemeriksaan kenderaan yang melakukan rentas sempadan di sekatan jalan raya Jalan Papar Lama, Penampang semalam. - Foto IPD Penampang

PENAMPANG - Pengguna jalan raya diberi pilihan sama ada mahu dikenakan kompaun atau perlu berpatah balik selepas didapati masih ada yang membuat perjalanan rentas sempadan untuk tujuan peribadi di Jalan Papar Lama, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris berkata, walaupun polis mempunyai budi bicara ketika menjalankan tugas tetapi ia bukan bermaksud mereka boleh membelakangkan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Iklan
Iklan

"Ketika membuat lawatan terhadap petugas di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Papar Lama semalam, masih ada individu tidak memahami prosedur operasi standard (SOP) walaupun sudah tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

"Contohnya, ada yang masih membuat pergerakan rentas daerah semata-mata ingin membeli makanan. Polis tidak akan berkompromi dengan hal seperti itu," katanya hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, dalam masa sama, Mohd Haris turut memuji sikap warga Penampang yang dilihat patuh pada SOP PKPB berdasarkan jumlah pematuhan yang tinggi sejak ia dikuatkuasakan.

Sehubungan itu, beliau sentiasa memberi ingatan kepada orang awam bahawa hanya pergerakan perkhidmatan perlu (essential services) dan mempunyai kebenaran polis yang dibenarkan untuk rentas daerah.

Iklan

Sementara itu, pada sidang akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun semalam memaklumkan sebanyak 198 sekatan jalan raya di 66 lokasi di seluruh Sabah dilaksanakan dalam tempoh PKPB.

"Sekatan jalan raya ini membabitkan 52,996 pemeriksaan kenderaan dan sebanyak 304 diarah berpatah balik," katanya.