KOTA BHARU - Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki pisau 'rambo', tahun lalu.
Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd Zawari Mustaffa, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.