SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa individu yang benar-benar darurat ketika ini ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya negara.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Muhyiddin ketika ini berdepan dengan darurat bagi mempertahankan kedudukan sebagai Perdana Menteri.