AWANG sebetulnya dah duga surat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan jadi isu panas. Khabarnya banyak pemimpin UMNO yang marah dan kecewa dengan Tuk Seri Zahid.
Soalan ahli UMNO ialah, mengapa Tuk Seri Zahid tulis surat itu? Apakah muslihatnya? Kenapa tulis surat tanpa merujuk pada Majlis Tertinggi parti? Jadi betullah kenyataan beliau sebelum ini bahawa akan ada sejumlah pemimpin UMNO yang akan sokong Datuk Seri Anwar. Rupanya dia salah seorang.
Iklan
Iklan
Awang terbaca tulisan Datuk Kadir Jasin pasal hal ini. Katanya, Tuk Seri Zahid ulang apa yang berlaku pada tahun 1998. Beliau orang kuat Tuk Seri Anwar masa itu. Beliau janji akan tenggelam dan timbul bersama Tuk Seri Anwar. Tapi apabila disergah Presiden UMNO, dia buat pusingan U.
Tak kiralah pusingan apa namanya kali ini tapi tindakan Tuk Seri Zahid akan porak-perandakan UMNO. Dah terasa ada penentangan terbuka terhadap beliau. Khabar angin kata dalam satu pertemuan, teruk beliau dikecam. Oleh sebab itu beliau isytihar gencatan politik. Kata orang semata-mata nak selamatkan dirinya.
Awang nampak UMNO dah tambah kukuh. Macam kata Datuk Seri Mohamad Hasan, akibat kekalahan UMNO dalam PRU 2018, UMNO dah lalui tapisan. Hanya yang setia tinggal, yang tak setia dah lompat pagar. Pendeknya proses pembersihan dah berlaku.
Tapi kenapa goncang kapal yang dah elok jalannya?
Artikel Berkaitan