Motosikal tak dapat, rugi pula RM9,500

Iklan
Mohd Wazir Mohd Yusof

KUANTAN - Hasrat seorang kontraktor untuk memiliki motosikal jenis Kawasaki model Z800 menerusi iklan jualan dalam talian tidak kesampaian sebaliknya mengalami kerugian RM9,500 setelah menjadi mangsa penipuan penjualan tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 38 tahun itu tertarik dengan iklan tersebut segera menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan terbabit pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setelah berbincang dengan lelaki yang dikenali dengan panggilan Mr Gan itu, mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM1,000 sebagai deposit pembelian di sebuah bank di Temerloh sebagaimana yang diminta.

"Selepas itu, mangsa kemudiannya telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah majikan kepada Mr Gan dan memintanya melakukan pembayaran sebanyak RM8,500 lagi dalam kadar segera bagi mengelakkan pihak lain membeli motosikal tersebut.

Iklan

"Mangsa kemudiannya membuat pemindahan wang seperti yang diminta dua hari lalu dan memberikan resit pembayaran kepada lelaki yang mendakwa majikan kepada suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, suspek berjanji akan menghantar motosikal tersebut semalam namun mangsa masih belum menerimanya sehingga kini.

Iklan

Katanya, mangsa cuba menghubungi Mr Gan dan majikannya namun gagal dihubungi.

"Mangsa tampil membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam kerana merasa dirinya ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.