KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menawarkan diskaun bayaran kompaun parkir selama enam hari bermula Isnin ini.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, penawaran itu dibuat membabitkan pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun antara RM30 dan RM300.