IPOH - Sesi pembelajaran di kelas dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka serta perlu kerap mencuci atau memakai pensanitasi tangan ketika tinjauan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) baru-baru ini.
Rimas, kekok, tidak selesa dan ada kalanya menyusahkan. Itu antara keluhan pelajar apabila mereka mula-mula mengamalkan norma baharu, seperti pemakaian pelitup muka, melakukan pemeriksaan suhu badan serta perlu kerap mencuci atau memakai pensanitasi tangan.
Namun, ibarat peribahasa alah bisa tegal biasa. Selepas beberapa bulan mengamalkan norma baharu itu, yang antara SOP bagi mengekang penularan COVID-19, pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kini boleh menyesuaikan diri dengan amalan tersebut, yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.- Foto Bernama