SHAH ALAM - UMNO menyatakan keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik untuk rakyat bagi membantu mengekang penularan Covid-19.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia selepas media melaporkan bahawa Seri Paduka Baginda dan Raja-raja akan berunding esok.
Iklan
Iklan
"Sudah tentu Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja-raja akan membuat keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan pandemik Covid-19. Menjunjung Kasih Tuanku," katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Agong bincang cadangan PM dengan Raja-Raja Melayu
Seri Paduka Baginda hari ini dilaporkan bertitah akan bertemu dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, majlis itu bagi membincangkan dan memperhalusi syor-syor yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sesi menghadap Al-Sultan Abdullah semalam.
Sesi menghadap berlangsung selepas Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pagi semalam.