Lima tahanan Depot Imigresen Pekan Nanas larikan diri

Iklan
Lima tahanan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian di sini dipercayai melarikan diri pada 17 Oktober lalu. Gambar hiasan. - Foto 123RF

JOHOR BAHRU - Lima tahanan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian di sini dipercayai melarikan diri pada 17 Oktober lalu.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan membabitkan kes imigresen dan dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu pada 17 Oktober lalu di Balai Polis Simpang Renggam.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan pengesahan dan info lanjut kes berkenaan daripada Jabatan Imigresen Johor gagal.

Iklan
Iklan