Kedah fokus keluarkan penoreh daripada kemiskinan

Iklan
Azman menyampaikan bantuan Risda kepada keluarga penoreh hari ini

SIK - Golongan penoreh tidak harus bergantung harap kepada kerajaan khususnya apabila menghadapi musim tengkujuh.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama, Azman Nasrudin berkata, kerajaan hari ini enggan rakyat terus terkongkong dengan bantuan 'one off'.

Iklan
Iklan

Menurutnya, golongan penoreh sebaliknya akan dibantu menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti pertanian dan penternakan yang diusahakan secara sampingan.

"Sebab itu kita mahu ajak rakyat dengan membawa contoh-contoh aktiviti-aktiviti pertanian lain seperti penternakan udang kara dan tanaman cendawan volvariela.

Iklan

"Ternakan udang kara, boleh dibuat di tepi rumah sahaja dan boleh hasilkan pendapatan tambahan jika diusahakan bersungguh-sungguh dan harga untuk sekilogram adalah RM90, mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM700," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat Majlis Perjumpaan Bersama Penoreh Getah di Dewan Al Hana Padang Awam, Sik hari ini.

Iklan

Katanya, kerajaan baharu menekankan konsep beri kail bukannya ikan dalam usaha mengeluarkan golongan penoreh daripada kepompong kemiskinan, selain membantu mereka menghadapi musim tengkujuh.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama, Azman Nasrudin berkata, kerajaan hari ini enggan rakyat terkongkong dengan bantuan 'one off'.

Menurutnya, bagi aktiviti cendawan volvariela hanya memerlukan modal RM1,200 tetapi boleh menjana pendapatan sebanyak RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

"Ada penoreh di Padang Terap dapat jana hingga RM3,000 sebulan," katanya.

Tidak hanya itu, beliau berkata, kerajaan turut menyediakan pembeli bagi membantu penoreh mendapatkan hasil mereka bagi aktiviti pertanian dan penternakan diusahakan.

"Insya-ALLAH itu antara usaha saya sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama.

"Kita juga akan berbincang dengan menteri untuk turunkan peruntukan dan kita sampaikan kail tadi untuk usahakan aktiviti pertanian yang boleh beri hasil apabila musim tengkujuh," katanya.

Beliau berkata, untuk mengubah minda peneroka bagaimanapun memerlukan masa, perhatian dan kesabaran.

"Kita mahu ajak masyarakat supaya ubah mentaliti supaya jangan harap bantuan semata-mata tetapi mesti keluar dari kepompong lama untuk usahakan aktiviti yang lain.

"Itulah antara objektif saya turun hari ini, saya pilih daerah pertama daerah Sik yang paling ramai penoreh getah di Kedah," katanya.

Beliau berkata, pertemuan bersama golongan penoreh dan petani akan diteruskan dalam usaha mengeluarkan daerah Yan, Sik dan Baling daripada kemiskinan.

"Saya juga akan ke daerah lain seperti Padang Terap, Kubang Pasu dan Baling untuk ajak masyarakat luar bandar supaya terlibat dalam bidang ekonomi yang lain," katanya.