KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada jam 8.56 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 112 kilometer (km) selatan dari Tasikmalaya, Indonesia, dengan kedalaman 66km.
Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama