Tarikh akhir kemukakan BNCP kekal: LHDN

Iklan
Ibu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

SHAH ALAM - Tarikh akhir kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) untuk tahun taksiran 2019 dan 2020 bagi pembayar cukai kategori Syarikat, Koperasi, Perkongsian Liabiliti Terhad, Badan Amanah dan Petroleum adalah kekal seperti yang termaktub dalam Program Memfail Borang Nyata Tahun 2020 (Pindaan 3/2020).

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan Program Memfail Borang Nyata Tahun 2020 (Pindaan 3/2020) tersebut telah dikemaskini pada 28 April 2020 dengan turut mengambil kira kesan penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan tambahan masa untuk mengemukakan BNCP selama dua dan tiga bulan telah diberikan secara automatik kepada kategori pembayar cukai yang layak.

Iklan
Iklan

"Pembayar cukai yang tidak dapat mengemukakan BNCP dalam tempoh yang telah ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO), permohonan lanjutan masa tambahan boleh dikemukakan kepada LHDN,” katanya dalam satu kenyataan.

LHDN berkata, permohonan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan terus kepada Cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka.

Iklan
Iklan

"Setiap permohonan yang diterima akan diteliti berdasarkan merit kes dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon,” katanya.