Khabib kotakan janji kepada ibu bersara UFC

Iklan
Khabib menangis sejurus menewaskan Gaethje pagi tadi. Foto: talksport

BINTANG seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengotakan janji kepada ibunya untuk bersara daripada sukan berkenaan sejurus menewaskan lawan dari Amerika Syarikat, Justin Gaethje dalam kejuaraan lightweight Kejohanan Pertarungan Unggul (UFC 254) di Abu Dhabi pagi tadi.

Petinju berusia 32 tahun itu mengumumkan persaraannya sejurus menewaskan Gaethje dengan mengenakan kuncian triangle choke pada minit 1:34 di pusingan kedua.

Iklan
Iklan

Kuncian berkenaan membuatkan Gaethje tidak sedarkan diri buat seketika dan ini mengesahkan kemenangan menjadi milik petinju sensasi Rusia itu.

Khabib penuh emosi mengumumkan persaraannya daripada UFC 254. Foto: gettyimages

Bagaimanapun Khabib kemudiannya dengan penuh emosi mengumumkan persaraannya daripada UFC 254.

Iklan

"Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.

"Saya telah berjanji dengan ibu, bahawa ini adalah pertarungan terakhir saya.

Iklan

"Oleh itu, jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya.

Aksi Khabib (kiri) pada pertarungan berkenaan. Foto: gettyimages

Untuk rekod, Khabib kini melebarkan rekod cemerlangnya dalan UFC 254 dengan mencatat 29 kemenangan tanpa seberang kekalahan selain mengekalkan kejuaraan lightweight UFC 254.

Dalam pada itu, Khabib turut teringatkan arwah bapanya, Abdulmanap ketika mengumumkan persaraannya itu.

"Hari ini, hari terakhir saya bertarung dalam UFC. Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah,” katanya.