KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengajak semua petugas barisan hadapan dan di sebalik tabir untuk bersama-sama mengekalkan usaha bersungguh-sungguh dalam memerangi penularan koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Sabah.
Menurutnya, petugas barisan hadapan perlu mencegah penularan secara proaktif dan dahuluan (pre-emptive) selain mengambil tindakan kesihatan awam di lapangan serta merawat pesakit di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).