Lelaki jatuh Sungai Korok ditemui lemas

Iklan
Mayat mangsa dipercayai terjatuh petang semalam di Sungai Korok ditemui kira-kira jam 7.59 pagi hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

JITRA - Seorang lelaki berusia 40-an ditemui lemas selepas terjatuh ke Sungai Korok, dekat sini kira-kira jam 7.59 pagi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa ditemui terapung pada jarak lima kilometer dari lokasi dia jatuh, petang semalam.

Iklan
Iklan

"Anggota bomba membawa naik mangsa dari sungai dan menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, bomba menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 1.36 tengah hari.

Iklan

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Arizal Amir Hamzah dihantar ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri jatuh ke dalam sungai.

Operasi membabitkan enam anggota tersebut melakukan pencarian di permukaan air dengan menggunakan sebuah bot di lokasi kejadian.

Iklan