KUALA LUMPUR - Kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sabah akan terus ditutup sehingga 9 November ini.
KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah dari 27 Oktober hingga 9 November.