Remaja Palestin maut dipukul rejim Zionis

Iklan
Tentera rejim Zionis sering menggunakan kekerasan ketika bertempur dengan penduduk Palestin di Tebing Barat. - Foto AFP

RAMALLAH - Seorang remaja Palestin berusia 18 tahun terbunuh selepas terlibat konfrontasi dengan tentera rejim Zionis pada hari ini.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan Amer Abdel-Rahim Sanouber daripada perkampungan Yatma di Tebing Barat dibawa ke hospital selepas kejadian menggemparkan itu.

Iklan
Iklan

"Mangsa dihantar ke hospital pada jam 3 pagi (waktu tempatan) dengan kesan kecederaan pada lehernya akibat dipukul beberapa kali," kata Ketua Kompleks Perubatan Palestin, Ahmed al-Betawi.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dalam satu kenyataan mendakwa rejim Zionis melakukan tindakan kekerasan yang kejam ke atas pemuda terbabit hanya kerana mangsa orang Palestin.

Iklan

Sementara itu, tentera Israel menyatakan insiden di utara Ramallah itu berlaku selepas kenderaan mereka dibaling batu.

"Anggota kami kemudiannya mencari penyerang terbabit. Dua suspek cuba melarikan diri dan salah seorang daripadanya jatuh pengsan dan bukannya dipukul oleh anggota kami," ujar jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang cuba memberi alasan untuk menyembunyikan kejadian sebenar.

Iklan

Menurutnya, pasukan perubatan kononnya cuba beberapa kali untuk menyelamatkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, butiran lanjut tentang insiden konfrontasi antara penduduk Palestin dan tentera Israel di Tebing Barat semakin sukar diperoleh sejak Pihak Berkuasa Palestin (PA) menghentikan penyelarasan keselamatan dengan Tel Aviv pada Mei lalu.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap rancangan jahat Israel untuk merampas sebahagian besar wilayah Tebing Barat.

Tel Aviv bagaimanapun menggantung pelan kontroversi itu sebagai pertukaran bagi memeterai perjanjian untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE). - AFP