Jangan buat rakyat susah lagi

Iklan

MINGGU lalu kecoh di sana sini rakyat berbincang mengenai darurat yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan sehingga menimbulkan suasana panik ditambah pula keadaan ketidaktentuan politik dan pandemik Covid-19.

Pelbagai spekulasi diberikan terutama oleh 'pakar-pakar' di media sosial. Kebanyakannya tidak faham tetapi hendak tunjuk hebat sedangkan masing-masing membuat rumusan berdasarkan 'apa yang mereka tahu sahaja'.

Iklan
Iklan

Ditambah pula dengan berita palsu yang bersepah-sepah sehingga menyukarkan rakyat untuk menentukan mana satu yang benar dan mana satu yang tidak benar.

Hakikatnya rakyat sudah muak dengan kemelut politik yang tak berkesudahan sejak Februari lalu selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) lalu terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hanya memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat.

Iklan

Kemelut politik yang berlaku ini turut mendapat perhatian daripada istana yang menasihati ahli-ahli politik agar berhenti daripada bercakaran serta bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara, sebaliknya fikirkan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Ketika ini rakyat tidak kisah siapa pun yang memerintah kerana apa yang mereka mahu adalah kehidupan yang aman dan harmoni tanpa diganggu masalah baharu.

Iklan

Justeru, ahli politik perlu selesaikan perebutan kuasa melalui meja rundingan kerana dalam keadaan negara masih dilanda Covid-19, pilihan raya umum bukanlah penyelesaian sesuai.

Kesan yang menimpa rakyat akibat Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September lalu perlu dijadikan iktibar kerana kes Covid-19 terus melonjak sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terpaksa dikuatkuasakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bayangkan kesannya jika pilihan raya umum diadakan di seluruh negara. Ahli politik seronok mendapat kuasa tetapi yang menjadi mangsa tentulah rakyat jelata. Apa akan jadi kepada kehidupan dan ekonomi rakyat?

Pemimpin politik mesti memainkan peranan memperbetulkan keadaan dan membantu selesaikan masalah rakyat yang semakin susah dan parah.