Pertemuan parti gabungan PN di pejabat Muhyiddin

Iklan
Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Tumpuan kembali terarah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengadakan pertemuan dengan presiden parti gabungan Perikatan Nasional (PN).

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilaporkan tiba memasuki bangunan Perdana Putra pada jam 9.20 pagi.

Iklan
Iklan

Selepas itu, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dilihat tiba dan diikuti dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sejurus itu, Setiausaha Agong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tiba pada jam 9.27 pagi.

Iklan

Selepas pertemuan dengan presiden parti PN, Muhyiddin juga dijadual mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet sekitar jam 11 pagi.

Agenda pertemuan dan mesyuarat khas itu masih menjadi teka teki.

Iklan

Bagaimanapun ia dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam selain beberapa urusan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat

15 soalan dan jawapan berkaitan darurat

PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong