Pahang junjung kasih titah Agong

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Kerajaan Pahang menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara terutamanya dalam menangani isu penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebagaimana titah Seri Paduka sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di mana-mana bahagian di negara ini.

Iklan
Iklan

"Justeru, semua pihak perlu patuh kepada keputusan itu terutamanya berhubung saranan Seri Paduka yang meminta agar menghentikan politiking yang boleh menggugat kestabilan pemerintahan negara.

"Apa yang penting ialah gerakan bersama-sama oleh seluruh rakyat Malaysia perlu digerakkan bagi membendung pandemik Covid-19 yang dipercayai akan diberi tumpuan khusus pada pembentangan Belanjawan 2021 kelak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Al-Sultan Abdullah sebelum ini menolak pengisytiharan darurat kerana tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini atau mana-mana bahagian negara ini ketika ini.

Keputusan itu dicapai selepas Seri Paduka memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu semalam.

Iklan

Selepas melihat situasi yang sedang dihadapi negara, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 itu daripada terus merebak.

ARTIKEL BERKAITAN: Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat